Alhamdulillah..syukur...akhirnya mama selamat melahirkan seorang PUTERI yang diberi nama NURHANIS IMTIAZ BINTI MOHD BIJURI pada 2 Syawal bersamaan 14 Oktober 2007 jam 12.15 tengahari

. erm..acelly mama dah kena admit pd 28 ramadhan tu coz rasa cam bb tak baper gerak so mama bitau misi kat KD yg mama pegi so dorang refer mama kat labour room coz esok tu dah due.thari tu mama pi la labour room Hospital Raja Perempuan Zainab II.dr check, jantung bb ok, Alhamdulillah. 'jalan' dah bukak 2cm dr kata.so mama kena masuk wad.masa nak pi hospital tu,mama tak sempat cium haris coz takut haris nak ikut mama.petang tu tok ayah n wan bawak haris pi hospital.masa nak balik tu, nangis2 haris suh mama ikut dia balik.
So berbalik pada citer mama, ptg tu memang mama rasa sakit, sampai kul 6 jerk rasa sakit.mama harap sangat agar bersalin malam or selewatnya pagi esok,bukan apa kot pagi raya, beraya kat hospital.huhuhuhhu.sampai ke pagi takder rasa sakit.masa mama kena admit tu, mama dh call abah, abah dh balik semula ke johor, keje.so abah terus bergegas balik.sampai kul 4 pagi.pg esoknya, dr buat round.so bitau la dr yg start dr kul 6 ptg smlm mmg tak rasa sakit.dr check bp semua dan dia kata kena buat scan.so mama pon buatla scan.dr kata everything's normal.soooooooooooo mama boleh balik hari ni.YAHOOOOOOOOOOO!!!! mama boleh balik beraya.bb nak suh mama beraya dulu.hehehehehe.
Sampai hr raya tu,ok,sakit pun sakit main2 jerk.so mama balun ler sate, roti jale, ketupat, kuih raya puas2.cuma tapai jer tak sempat makan.Petang raya abah ajak balik umah mek,mula2 mcm tak confident nak pegi,tp mama gagahi gak.dalam keta tu rasa makin kuat tp mama buat selamba jerk.sempat gi raya umah sedara mara abah lagi. malam tu abah janji nak balik umah tok ayah,tapi.... semua dah penat,tertido umah mek.kul 12 pg tu mama rasa sakit kuat,mama pi toilet, tengok ada satu titik darah. Ya Allah,dah sampai masa ker.mama naik bitau abah,abah tanya nak blk sekarang ker? mama kata nanti dl,tup2 mama terlena.Kul 3 tersedar lagi,sakit...tp rasa blh bertahan lagi..mama terlena lagi.kul 6.30 pg mama terjaga..tengok2 abah tgh solat subuh.mama gi bilik air,masa turun tangga tu rasa srupppp....dh banyak darah kuar.terus mama gosok gigi, basuh muka terus naik kemas2 n bitau nak balik umah tok ayah.abah pon start keta, masukkan barang lam keta terus balik.mama balik bfast, mandi2, siapkan barang, kul 8.30 terus pi hospital.
Sampai hospital, cam tak rasa plak sakit.pulak dah.prosedur pon lamabt coz ramai kakitangan bercuti raya.huhuhuuuh.kul 10 br dr check.time tu dr kata dah 6 cm, 'tolak ke labour room''. masa tu dah rasa 15 min sekali sakitnyer.masuk labour room, tukar baju,nurse sediakan peralatan utk bersalin.mama dok tahan sakit.makin lama makin pendek,dah 10 minit sekali.lam 11.30 nurse dah suh teran.cuba punya cuba meneran,akhirnya kul 12.15 keluarlah Nurhanis Imtiaz dengan selamat (masa tu takder nama lagi..heheheh).Alhamdulillah kali ni 'mudah sikit' berbanding ngn masa bersalinkan Muhammad Haris Ikram dulu. esok thari mama dah boleh discaj.